1. Surah Al Baqarah Ayat 285- 286 :- Baca sebelum tidur, terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.
2. Surah Ali Imran Ayat 1- 3 :- Baca, akan tercapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.
3. Surah Ali Imran Ayat 16 :- Baca untuk memohon keampunan dari Allah swt.
4. Surah Annisaa' Ayat 75 :- Nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.
5. Surah Al Maidah Ayat 7 :- Baca 3 hari berturut-turut selamat dari was-was masa wudhu dan solat..
6. Surah Al Maidah Ayat 89- 101 :- Baca dalam air dan beri minum pada orang yang berdusta, nescaya tidak akan bercakap dusta lagi.
7. Surah Al An'aam :- Baca 7 kali akan terhindar dari segala bala bencana.
8. Surah Al An'aam Ayat 63- 64 :- Dibaca oleh penumpang kapal akan terselamat dari karam dan tenggelam.
9. Surah Al A'Raaf Ayat 23 :- Baca tiap-tiap solat fardhu lalu istighfar akan terampun dosa.
10.Surah Al A'Raaf Ayat 47 :- Baca akan terpelihara dari kekacauan para penzalim dan mendapat rahmat Allah.
11.Surah Al Anfal Ayat 62- 63 :- Nescaya akan dicintai dan dihormati oleh sekalian manusia.
12.Surah Al Baraah :- Terselamat dari kemunafikan dan tercapai hakikat iman.
13.Surah Al Baraah Ayat 111 :- Baca di kedai atau tempat berniaga, nescaya akan maju.
14.Surah Al Baraah Ayat 128- 129 :- Baca untuk orang sukakan kita. Selalulah menghafal bacaan ini dan sekiranya pada seketika waktu kita terlupa membaca walaupun berulang-ulang kali masih tidak mengingatinya, itu menandakan ajal kita semakin hampir.
15.Surah Yunus Ayat 31 :- Baca pada wanita hamil, lahir anak dengan selamat.
16.Surah Yunus Ayat 64 :- Nescaya terhindar dari mimpi-mimpi buruk dan mengigau.
17.Surah Al Hud :- Mendapat kekuatan dan kehebatan serta ketenangan dan tenteram jiwa.
18.Surah Al Hud Ayat 56 :- Baca setiap masa akan terselamat dari gangguan manusia jahat dan binatang liar.
19.Surah Al Hud Ayat 112 :- Baca 11 sekali selepas solat 5 waktu akan mencapai ketetapan hati.
20.Surah Yusuf :- Baca dimurahkan rezeki dan diberi kemuliaan disisi Allah.
21.Surah Yusuf Ayat 64 :- Baca akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.
22.Surah Yusuf Ayat 68 :- Baca nescaya Allah akan kurniakan kesolehan pada anak-anak.
23.Surah Ar Ra'd Ayat 13 :- Baca akan selamat dari petir.
24.Surah Ar Ra'd Ayat 28 :- Baca nescaya sakit jantung akan sembuh.
25.Surah Ibrahim Ayat 32 - 34 :- Baca nescaya anak-anak akan terhindar dari syirik dan bidaah.
26.Surah Al Hijr Ayat 97- 99 :- Baca pada wanita yang selalu keguguran, nescaya kandungan akan selamat.
27.Surah Al Isra Ayat 45 - 46 :- Baca untuk pendinding diri dari kejahatan manusia.
28.Surah Al Kahf :- Baca surah ini setiap malam Jumaat, dimurahkan rezeki.
29.Surah Maryam :- Nescaya mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.
30.Surah Thaha :- Allah akan kurniakan ilmu pengetahuan dan tercapai segala maksud.
31.Surah Thaha Ayat 25 - 28 :- Baca 21 kali setiap solat Subuh, nescaya otak akan cerdas dan akal sempurna.
32.Surah Al Anbia Ayat 83 :- Baca nescaya mendapat sebesar-besar pangkat disisi Allah.
33.Surah Al Hajj :- Allah akan binasakan musuh-musuhnya.
34.Surah Al Mu'Minun :- Baca dalam air beri minum pada orang yang minum minuman keras, nescaya berhenti minum.
35.Surah Al Mu'Minun Ayat 28 :- Perahu selamat dari karam dan rumahnya akan selamat dari kecurian dan dari serangan musuh.
36.Surah An Nur :- Baca nescaya terhindar dari mimpi-mimpi buruk.
37.Surah An Nur Ayat 35 :- Baca setiap hari Jumaat sebelum solat Asar, nescaya disegani oleh orang ramai.
38.Surah Al Furqan :- Baca 3 kali dalam air dan percikkan dalam rumah, nescaya selamat dari gangguan binatang liar dan ular.
39.Surah Asy Syu'ara' Ayat 130 :- Baca 7 kali dengan senafas pada orang-orang yang digigit binatang bisa, nescaya akan hilang bisanya.
40.Surah An Naml :- Baca nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.
41.Surah Al Ankabut :- Nescaya demam sembuh dan juga terhindar dari gelisah.
42.Surah Ar Rum :- Baca nescaya Allah akan binasakan orang-orang yang hendak menzaliminya.
43.Surah Luqman :- Baca nescaya terhindar dari segala penyakit-penyakit perut.
44.Surah Luqman Ayat 31 :- Baca nescaya terselamat dari bencana banjir.
45.Surah As Sajadah :- Baca setiap malam Jumaat.
46.Surah As Sajadah Ayat 7- 9 :- Baca ke atas kanak-kanak baru lahir, nescaya terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani.
47.Surah Al Ahzab Ayat 45 - 48 :- Baca nescaya mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati.
48.Surah Al Ahzab Ayat 60 - 66 :- Baca nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.
49.Surah Saba :- Baca nescaya terselamat dari segala bala bencana.
50.Surah Fathir Ayat 29 - 30 :- Baca nescaya Allah akan memberkati perniagaannya.
51.Surah Yasin :- Baca setiap malam Jumaat, baca 41 kali nescaya tercapai segala hajat. 21 kali, doa istighfar untuk ibubapa akan diampunkan oleh Allah.
52.Surah As Saffat :- Insyallah akan memelihara daripada gangguan jin.
53.Surah Shad Ayat 42 :- Nescaya mendapat kebahagiaan sejati.
54.Surah Al Furqan :- Baca 3 kali dalam air dan percikkan dalam rumah, nescaya selamat dari gangguan binatang liar dan ular.
55.Surah Asy Syura Ayat 15 :- Memohon perlindungan dan untuk menegakkan keadilan.
56.Surah Ad Dukhan :- Baca.
57.Surah Al Waqiah :- Baca setiap malam jauh dari papa. Baca 40 kali setiap hari akan dipermudahkan rezeki.
58.Surah Al Mulk :- Baca setiap hari solat Isyak akan mendapat keampunan. Terlepas dari siksa kubur dan terkeluar dari neraka masuk ke syurga.
0 comments:
Post a Comment