Social Icons

Saturday, 29 October 2011

10 JENIS ORANG ISLAM YANG KEJAM...


Sekarang ni kecoh tentang kematian Muammar Gaddafi. Saya sendiri pun keliru untuk menghukum beliau, bagi pendapat saya sendiri secara personel, apa yang baik dari Muammar Gaddafi lakukan kita ambil tauladan, dan apa yang buruk tentang Muammar Gaddafi, kita ambil sebagai pengajaran. Kita yang masih hidup ni mesti teruskan agar kita tidak melakukan kekejaman. Mari kita lihat apa 10 tips kekejaman yang diutarakan oleh Sufyan Atsauri
Sufyan Atsauri berkata: "Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:

1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan
untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.
2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.
3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.
4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.
5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.
6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.

7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.
8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.
9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.

ADAKAH KITA TERGOLONG DALAM GOLONGAN YANG KEJAM?

0 comments:

Post a Comment

.

 

INFO/ TIPS

Ribut akan bertukar menjadi taufan apabila kelajuan angin mencecah kelajuan 119 km/j

INFO/TIPS

Pendengaran telinga akan berkurangan daripada umur 30-an kerana dram telinga dan ketiga-tiga tulang kecil di dalamnya menjadi kurang fleksibel. Kaum lelaki lebih awal mengalami perubahan ini.

INFO/TIPS

Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan infraungu.