Bermulanya alaf baru (alaf 2000), bermula la juga satu isu yang sampai ke hari ini masih disebut-sebut atau masih menjadi ungkapan-ungkapan di banyak mulut kita. Antaranya:-
a) Kenapa wanita dipinggirkan/ dibezakan dengan lelaki?
b) Kami (wanita) lebih hebat dari lelaki. Buktikan!!!
c) Kami(wanita) pun mampu melakukan sepertimana lelaki.
d) Kenapa ISLAM menindas wanita?
e) Aku lebih hebat dari suamiku, kenapa aku harus ikut cakap suamiku?
f) Aku(wanita) pun boleh jadi ketua keluarga la.
g) Dan macam-macam lagi…
Isu ini bukan satu perkara yang kecil lagi kerana di Malaysia sendiri suda ada pertubuhan2 bukan kerajaan yang hanya boleh disertai wanita sahaja dan memperjuangkan hak wanita. (p/s: tapi kalau NGO lelaki, wanita menuntut hak nk sertai gak, tp kalau persatuan wanita org lelaki xleh sertai plak.. hehehehe (^_^)
Apa yang saya cuba bawa disini ialah satu persoalan “Dalam kehidupan berkeluarga, bangga ke perempuan itu apabila mendapat suami yang ikut cakap dia?”[Pelik x?] Pernah dulu sekali, saya ada duduk bersembang-sembang dengan mak saya, mak saya kata “ Orang perempuan melayu dulu-dulu bodoh, depa (diaorang) xtau tentang hak-hak wanita dalam kehidupan berkeluarga, perempuan dulu-dulu mana tau pasai taklik-taklik ni, ayah suruh kawen, kawen ja, walaupun depa (diaorang) xtahu apa2 tapi kes penceraian xlah seteruk mcm skg”. Bagi saya, cakap mak saya ni ada baik dan buruk dia dan isu ni boleh dibincangkan dalam satu topik besar nie, tapi saya tidak mahu membincangkan tentang ini, kita balik kepada pokok ISTIMEWANYA WANITA.
Mari kita tinjau hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w tentang bertapa tingginya wanita dalam keluarga.
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
6. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
7. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
8. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
9. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
Kalau ditinjau dari hadis-hadis ini, banyaknya ganjaran yang Allah bagi kepada wanita itu berbanding dengan lelaki.
0 comments:
Post a Comment