Social Icons

Thursday, 2 August 2012

Fidyah Puasa


Pengertian

Fidyah adalah tebusan yang wajib dikenakan untuk menebus atau membayar perkara-perkara yang makruh dan haram ke atasnya (yang telah dilakukan).

Hukum Syarak

Terdapat beberapa pecahan mengenai hukum orang-orang yang meninggalkan puasa dan yang berkaitan dengan fidyah seperti berikut:

Wajib Qada

  • Orang yang sedang sakit dan sakitnya akan memberi mudarat kepadanya atau bertambah lambat sembuhnya.
  • Orang yang meninggalkan puasa sewaktu belayar atau musafir kira-kira 2 marhalah, yakni dalam lingkungan 90KM.
  • Ibu yang hamil atau menyusukan anak dan khuatir dirinya menjadi mudarat.
  • Orang yang sedang haid atau nifas.
  • Orang yang terlalu lapar atau dahaga yang boleh membahayakan dirinya.
  • Orang yang batal puasanya kerana salah satu sebab yang membatalkannya.

Wajib Qada dan Membayar Fidyah

  • Ibu yang hamil atau menyusukan anak, sekiranya hanya khuatir anaknya menjadi mudarat.
  • Orang yang berhutang puasa yang belum dijelaskan sehingga timbulnya Ramadan yang lain.
    Jika lewat qada puasa hingga datang bulan Ramadan yang lain wajib membayar fidyah secupak pada tiap-tiap hari puasa yang ditinggalkan, dan jika lewat 2 tahun, melewati dua kali Ramadan, wajib berfidyah sebanyak dua cupak dan begitulah seterusnya di samping wajib mengqada puasa itu.

    Tidak Wajib Qada dan Membayar Fidyah

    • Orang sakit yang tidak berdaya untuk berpuasa dan harapan sembuh sangat tipis.
    • Orang yang lemah kerana sudah tua dan tidak mampu lagi untuk berpuasa.

    Wajib Qada atau Fidyah

    • Waris bagi orang yang meninggal dengan ketiadaan uzur sebelum mengqada puasanya.

    Tidak Wajib Qada atau Fidyah

    • Waris bagi orang sakit atau musafir dan meninggal dunia sebelum mengqada puasanya.
    • Kanak-kanak.
    • Gila.
    Wallahua’lam
    Kaedah Pengiraan
    Terdapat dua (2) kaedah pengiraan fidyah iaitu:

    Kaedah Pertama


    Kadar timbangan bagi 1 gantang beras adalah bersamaan dengan 4 cupak (mud)

    1 gantang beras
    = RM 5.20 / 4 (cupak)
    = RM 1.30
    = RM 1.40

    Kaedah Kedua

    1 gantang beras =  2.70 kg

    Nilai 1 gantang beras =  RM 5.20
    Oleh itu 1 kg =  RM 5.20 / 2.70 (kg)
    =  RM 1.92
    Bagi menentukan nilai 700 gram, ialah ;
    1 kilogram = 1000 gram

    Oleh itu 1 gram = 0.00192 sen
    700 gram = 0.00192 X 700 g
    = RM 1.34 per gram
    = RM 1.40

    Cara Pembayaran

    Fidyah hendaklah dibayar kepada fakir miskin yang memerlukan iaitu secupak makanan asasi sebuah negara bagi setiap hari yang ditinggalkan. Di Malaysia, fidyah itu dibayar menggunakan beras.
    Seseorang yang diwajibkan membayar 30 cupak untuk 30 hari puasa yang ditinggalkan, hendaklah memberi secupak beras kepada 30 orang miskin ataupun dibolehkan juga untuk membayar 30 cupak kepada seorang dari orang miskin.

    0 comments:

    Post a Comment

    .

     

    INFO/ TIPS

    Ribut akan bertukar menjadi taufan apabila kelajuan angin mencecah kelajuan 119 km/j

    INFO/TIPS

    Pendengaran telinga akan berkurangan daripada umur 30-an kerana dram telinga dan ketiga-tiga tulang kecil di dalamnya menjadi kurang fleksibel. Kaum lelaki lebih awal mengalami perubahan ini.

    INFO/TIPS

    Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan infraungu.